Bantu insan memerlukan juga satu pengorbanan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KESIDANG 18 Jun – Umat Islam di negeri ini diharap dapat menghayati erti pengorbanan secara lebih mendalam bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad berkata, semangat pengorbanan itu bukan sahaja melalui ibadah yang dijalankan, bahkan ia perlu dilihat secara meluas, termasuk menyalurkan bantuan kepada insan kurang berkemampuan.

Jelasnya, terdapat pelbagai golongan yang memerlukan bantuan, antaranya, asnaf, fakir, miskin dan mualaf.

“Diharap kita dapat menjiwai semangat pengorbanan untuk bersama-sama susah payah dalam meringankan beban sesama kita bersempena Aidiladha.

“Sekiranya tidak dapat menyumbang dari segi wang ringgit, mungkin kita boleh tampil menyumbang tenaga dalam menguruskan urusan korban.

“Diharap lebih ramai pihak dapat menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan bagi membantu lebih ramai insan memerlukan di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian pada Program Korban Perdana Mualaf Negeri Melaka kali ke-12 di Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Balai Islam, Ustaz Mohd Nasir Wahab.

Menurut Shaifulfazlee, ibadah korban untuk mualaf itu diadakan bagi membantu golongan mualaf di negeri ini yang kurang berkemampuan, selain ada di antara mereka tidak lagi mempunyai keluarga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

127
Kongsi :
Previous post Korban Perdana Mualaf MAIM tumbang 8 lembu, 4 kambing
Next post Wanita teruja kali pertama sertai ibadah korban
Ubah saiz-+=