Sorting by

×

Bantu penduduk hadapi masalah terima bantuan kebajikan – ADUN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SUNGAI RAMBAI 15 Jun – Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai yang mempunyai masalah untuk menerima sumbangan kebajikan perlu memaklumkan perkara itu dengan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya, Siti Faizah Abd Azis berkata pihaknya akan cuba membantu bagi memastikan penerima yang benar-benar layak menerima manfaat itu.

“Kita di DUN Sungai Rambai sentiasa berkhidmat untuk masyarakat, saya cuba usahakan untuk membantu penduduk di DUN ini.

“Sesiapa yang sebelum ini pernah terima bantuan kebajikan tapi tahun ini tidak dapat, datang jumpa saya…saya cuba bantu dan semak kenapa tidak layak terima bantuan.

“Sebab penerima kebajikan ini setiap tahun ia akan renew (kemaskini) semula dokumen mereka, jadi mungkin ada perubahan dari segi penerimaan bantuan,” katanya.

SITI Faizah semasa berucap pada majlis tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Kepada Asnaf DUN Sungai Rambai di Dewan Japerun Sungai Rambai di sini, hari ini.

Hadir sama Penghulu DUN Sungai Rambai, Zakaria Abu Bakar dan wakil Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pada majlis itu seramai 100 golongan asnaf di DUN Sungai Rambai menerima sumbangan zakat dan barangan keperluan harian.

“Bantuan zakat ini daripada Bank Rakyat, saya hanya membantu untuk menyampaikannya kepada penduduk di DUN ini yang layak.

“Terima kasih kepada Bank Rakyat memperuntukkan sejumlah RM20,000 kepada DUN ini supaya saya dapat salurkan kepada 200 asnaf secara keseluruhannya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

775
Kongsi :
Previous post Agong ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya
Next post Lelaki mengaku tidak bersalah jual komunikasi lucah
Ubah saiz-+=