Bantu polis kesan dua suspek samun kilang

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 4 Feb – Polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pecah dan samun sebuah kilang membuat plastik di Taman Teknologi Cheng, di sini 19, Januari lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pihaknya menerima maklumat kecurian bahan mentah bagi menghasilkan plastik di kilang itu dengan anggaran nilai kerugian RM60,000.

Katanya, berdasarkan maklumat itu pihaknya melancarkan operasi khas bagi mengesan suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan samun kilang terbabit.

“Dalam operasi itu, polis menahan empat lelaki dan sebahagian bahan mentah yang hilang ditemui di sebuah kilang di Puchong, Selangor.

“Bagaimanapun, dua lagi lelaki masih dikesan iaitu Ramanan berusia 21 tahun yang beralamat di Kampung Baru, Semenyih, Selangor dan D Terancee Mark berusia 27 tahun, beralamat Taman Tangling, Simpang Ampat, Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat dua lelaki terbabit diminta tampil menyalurkan maklumat dan menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Sarjan Mohd Hanafi Md Zam di talian 019-3646812.

“Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Views:

777
Kongsi :
Previous post Pemandu bas dihukum gantung atas kesalahan bunuh teman wanita
Next post Dua termasuk OKU maut dalam dua kemalangan berasingan
Ubah saiz-+=