Sorting by

×

BANTUAN ‘ONE-OFF’ RM300 KEPADA PEKEBUN KECIL BERDAFTAR DI BAWAH FAMA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 27 April – Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM300 secara ‘one-off’ buat petani dan pekebun kecil yang berdaftar di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah intervensi itu adalah susulan ketidaktentuan ekonomi global bertujuan meringankan beban petani serta memastikan rantaian pengeluaran makanan terus beroperasi.

“Pemberian ‘one-off’ RM300 ini dilaksanakan kerana ramai dalam kalangan petani dan pekebun kecil tidak layak menerima subsidi menerusi Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Ini  kerana kenderaan yang digunakan seperti pacuan empat roda dan lori kecil tidak termasuk dalam kategori skim tersebut.

“Walaupun mereka masih layak menerima bantuan melalui inisiatif Budi Diesel namun diikutkan insentif itu juga tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, Kerajaan Negeri cakna akan isu membabitkan golongan tersebut dan sokongan tambahan menerusi bantuan ‘one-off’ dilihat amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan aktiviti pertanian di negeri ini.

“Kita tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan dalam menjaga kebajikan rakyat sekali gus perkukuh sektor pertanian negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

250
Kongsi :
Previous post KRISIS TENAGA: MELAKA PERKENAL SUBSIDI KOS BAJAK RM30 PER EKAR
Next post SMK GHAFAR BABA SEKOLAH PERINTIS DOMAIN E-EMEL @MELAKA.MY