Sorting by

×

Bantuan Ramadan MAIM ukir senyuman 754 asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PAYA RUMPUT 27 Februari – Seramai 754 asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima bantuan persediaan Ramadan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Penyampaian bantuan itu disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin dan turut dihadiri Pegawai Tugas-Tugas Khas MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput merangkap Penyelaras DUN Sungai Udang berkata, bantuan berupa wang tunai itu merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri melalui MAIM untuk meringankan beban golongan asnaf membeli barangan keperluan untuk menyambut Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Secara keseluruhan bantuan ini disampaikan kepada 482 warga DUN Paya Rumput dan 272 warga DUN Sungai Udang yang dikategorikan sebagai asnaf.

“Ini merupakan suatu inisiatif yang sangat baik memandangkan setiap penerima menerima bantuan berupa wang tunai sekurang-kurangnya RM400 dan nilai itu akan bertambah mengikut jumlah anak.

“Terima kasih juga kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi MAIM di atas bantun ini dan difahamkan menjelang Aidilfitri nanti akan ada lagi sumbangan untuk golongan asnaf ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan 1445H Peringkat DUN Paya Rumput dan Sungai Udang diDewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Taman Paya Rumput Perdana, di sini, semalam.

Rais memaklumkan disebabkan pertambahan penduduk di kedua-dua DUN, jumlah penerima sumbangan juga turut meningkat pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Meskipun begitu, Rais percaya hasil bantuan yang diberikan itu dapat memastikam nasib golongan berkenaan terbela dan pelbagai bantuan serta bimbingan akan diberikan bagi mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan.

“Bagi saya, inisiatif MAIM melakukan jelajah ke setiap DUN kerana ia secara tidak langsung dapat mendekatkan pemimpin dengan asnaf di kawasan masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

901
Kongsi :
Previous post Lima penghantar makanan didakwa bunuh lelaki
Next post Sivik Ramadan galak umat Islam tingkat amal ibadah
Ubah saiz-+=