Barisan kepimpinan TUAH UTeM depani cabaran

Masa Membaca:48 Saat

MASJID TANAH 15 Sept. – Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berusaha memberi pendedahan mengenai tatacara pengurusan universiti yang terkini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Prof Dr. Nurulfajar Abd Manap berkata, ia memfokuskan kepada 32 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM bagi sesi 2020/2021.

“UTeM menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar meneruskan usaha mencorak kumpulan kepimpinan pelajar berkarisma tinggi bercirikan Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik (TUAH).

“Ini termasuk pemantapan tatacara penampilan diri pemimpin pelajar secara profesional serta peraturan berkaitan di samping membentuk keyakinan tinggi dalam kalangan pemimpin pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kursus tersebut di Pantai Kemunting, baru-baru ini.

Katanya, barisan MPP UTeM turut dilatih mengenai keperluan dan kehendak pembangunan pelajar secara holistik, sikap kepimpinan dan pemantapan jati diri dalam menghadapi cabaran.

“Mereka juga diberi pendedahan peraturan kewangan universiti, teknik dokumentasi dan tatacara kertas kerja yang betul bagi memantapkan dokumentasi organisasi.

“Selain Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi peraturan-peraturan berkaitan MPP,” katanya lagi.

Views:

501
Kongsi :
Previous post Lapor temui sarang lebah, tindakan pengayuh beca dipuji
Next post Penduduk resah diganggu anjing liar
Ubah saiz-+=