
Bas ekspres terbakar, 17 penumpang dan dua pemandu terselamat
IPOH, 19 Januari – Sebanyak 17 penumpang dan dua pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar di KM 375.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tanjung Malim awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River menerima panggilan pada 5.19 pagi dan sampai di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan BBP Tanjung Malim.
Beliau berkata setibanya pihak bomba di lokasi kejadian, bas ekspres yang membawa 17 penumpang iaitu 14 lelaki dan tiga wanita itu musnah terbakar kira-kira 80 peratus.
“Kesemua penumpang telah berjaya keluar dari bas terbabit sebelum kebakaran merebak. Kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sayani berkata operasi tamat sepenuhnya pada 7.23 pagi tadi.
Beliau difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan membawa penumpang dari Mersing, Johor ke Kangar, Perlis.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA PENGARAH SYARIKAT RUGI LEBIH RM800,000 DIPERDAYA ‘PHONE SCAM’
GEORGE TOWN 27 Mac - Seorang pengarah syarikat kerugian RM457,607 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon awal bulan ini....
RAMAI TERPUKAU HIASAN KREATIF POKOK BUNGA KERTAS, BUNGA LOCENG DI JASIN
JASIN 27 Mac - Hiasan unik dan kreatif pokok bunga kertas dan bunga loceng di laluan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-...
PARAS AIR EMPANGAN TERKAWAL, TIADA KEPERLUAN LAKSANA PEMBENIHAN AWAM
BANDARAYA MELAKA 27 Mac - Bacaan paras air di semua empat empangan utama di Melaka dilaporkan berada pada tahap terkawal...
MAYAT BAYI LELAKI DITEMUKAN DI KAWASAN PENCAWANG
SEREMBAN 27 Mac - Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan di kawasan pencawang menara telekomunikasi...
MELAKA TELITI, TUNGGU ARAHAN PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH
BANDARAYA MELAKA 27 Mac - Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR), kata Setiausaha Kerajaan Negeri...
UTEM PERKUKUH REPUTASI GLOBAL MENERUSI PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANGKINGS 2026
MELAKA 27 Mac - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus melakar kecemerlangan membanggakan pada peringkat akademik antarabangsa apabila mencatat peningkatan...
