Bayi parah tangan digigit anjing

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH, 11 Sept. – Bayi perempuan berusia tujuh hari parah selepas tangan kanannya putus digigit anjing peliharaan di rumahnya di Bachang, di sini, dalam kejadian pada Selasa.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 10 pagi, ketika bayi berkenaan diletakkan diruang tamu berdekatan pintu geriji sebelum dimandikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, bayi terbabit baru selesai diberikan susu oleh ibunya sebelum ibu saudara yang membantu menjaga menjemurnya pada sinaran matahari memandangkan dia mengalami masalah kekuningan berhampiran pintu geriji besi.

Beliau berkata, wanita bekenaan kemudian meninggalkan bayi itu seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya bagaimanapun ketika kembali semula dia melihat tangan kanan anak saudaranya itu sedang digigit anjing peliharaan suaminya.

“Dalam keadaan panik dia telah melihat anjing tersebut menggigit tangan kanan anak saudaranya diluar pintu geriji besi dan ketika itu bayi berkenaan menangis dengan kuar serta berlumuran darah.

“Wanita terbabit kemudiannya menjerit dengan kuat sebelum ahli keluarganya termasuk ayah bayi yang berada ditingkat atas menjaga ibunya yang berpantang meluru kearahnya untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.

Menurut beliau, bayi itu kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum diminta ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan kini sedang menjalani pembedahan,” katanya.

Mohd Nor Yhazid berkata, siasatan dijalankan mendapati anjing terbabit adalah milik suami kepada ibu saudaranya selain dipercayai daripada jenis ‘Plott Hound’ dan ianya dibiarkan tanpa diikat atau dikurung dikawasan rumah bagi tujuan menjaga kawasan rumah.

“Pihak polis ingin mengingatkan kepada masyarakat diluar sana agar sentiasa berwaspada apabila berhadapan dengan binatang peliharaan selain perlu mempunyai lesen serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak- Kanak 2001/289 Kanun Keseksaan,” katanya.

Views:

330
Kongsi :
Previous post MAFI harap isu Musang King di Raub tidak jejas pengeluaran produk durian 
Next post Nelayan tidak setuju kaedah ‘Geotube’, mahu kaedah alternatif lain
Ubah saiz-+=