
Beg sekolah baharu suntik semangat ke sekolah
TABOH NANING, 18 Mac – 50 murid sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning ceria selepas menerima sumbangan beg sekolah baharu disampaikan JAPERUN Taboh Naning.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, selain beg murid berkenaan turut menerima sumbangan pakaian seragam dan sedikit wang tunai.
“Sumbangan ini adalah sebagai persediaan untuk anak-anak sekitar DUN ini kembali ke sekolah tidak lama lagi, kami mahu mereka ke sekolah dalam keadaan ceria dengan menggayakan kelengkapan dan beg baharu.
“Selain itu pemberian ini secara tidak langsung menyuntik semangat kepada anak-anak ini untuk belajar dengan lebih tekun,” katanya.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha JAPERUN Taboh Naning Noor Mohd Faizal di Kompleks JAPERUN Taboh Naning semalam.
Zulkiflee berkata, program itu akan dijadikan acara tahunan, sekali gus dapat membantu meringankan beban ibu bapa khusus yang berpendapatan rendah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...

