Sorting by

×

Bekalan telur ayam cukup, harga pula naik

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

“Lebih baik saya beli telur ayam di pasar raya daripada kedai runcit, lebih murah,” itu luahan peniaga kedai makan yang berdepan kenaikan harga telur ayam meskipun bekalan mencukupi.

Hasita Minhat, 52 berkata meskipun kenaikan harga tidak banyak perbezaan berbanding telur ayam yang dijual di kedai runcit, namun sebagai peniaga makanan dia mahu mencari harga lebih mudah.

“Di luar harga dia (telur ayam) lain, beza dalam RM0.70 ke RM0.80 bagi sepapan telur, kita niaga nak guna banyak setiap hari, kalau boleh nak harga lebih murah.

“Biarpun harga telur naik saya masih kekalkan harga makanan sebab di sini kita dah ada pelanggan tetap tak sanggup nak jual mahal,” katanya ketika ditemui MHI.

HASITA

Seorang lagi peniaga, Norhashima Mohd Yusof, 35 berkata, dia turut terkesan dengan kenaikan harga telur ayam di negeri ini kerana ia mempengaruhi kos makanan dijualnya.

Katanya, meskipun harga telur meningkat namun dia mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga makanan.

“Kedai kita jual makanan harga masih sama tidak naik, sini ada bekalan telur tapi harga lebih tinggi… sehari saya beli telur lima papan,” katanya.

PENIAGA kedai makan mahu harga telur ayam lebih murah.

Dia berkata, bekalan telur ayam yang diperolehinya mencukupi namun harga meningkat mengikut saiz.

“Bekalan masih cukup tapi mahal, kalau gred C je dah lebih RM11, kalau gred A mungkin dalam RM13 macam tu.

“Ditambah pula saya berniaga roti canai, mee kari dan lontong setiap hari, jadi memerlukan telur yang lebih banyak.

“Jika bekalan di kedai dah habis saya terpaksa juga beli di pasar besar biarpun harga mahal sedikit,” katanya yang berniaga lebih enam tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4151
Kongsi :
Previous post KSM terima 7,500 permohonan pekerja asing sektor perladangan
Next post Abang Viva ‘declare’ status selepas 8 Feb
Ubah saiz-+=