
KSM terima 7,500 permohonan pekerja asing sektor perladangan
PUTRAJAYA, 5 Feb – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima sejumlah 7,500 permohonan pekerja warga asing bagi sektor perladangan kelapa sawit secara pengecualian khas sejak 28 Jan hingga semalam.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata terdapat juga permohonan yang tidak dapat dipertimbangkan kerana permohonan itu adalah daripada majikan yang tidak layak menggajikan pekerja warga asing iaitu syarikat koperasi dan syarikat penyumberan luar.
“Saya juga ingin mengingatkan semua majikan bahawa semua permohonan perlulah diisi sendiri oleh majikan dan tidak menggunakan khidmat mana-mana agensi pekerjaan swasta.
“Perkhidmatan agensi pekerjaan swasta hanyalah sebagai pemudah cara dan tidak boleh membuat permohonan penggajian pekerja warga asing bagi pihak majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Saravanan berkata KSM turut menerima permohonan daripada majikan dalam sektor lain yang mana permohonan cuma akan dibuka mulai 15 Feb ini.
Terdahulu, pada 15 Jan lepas Saravanan dilaporkan berkata permohonan secara dalam talian, menerusi laman web www.fwcms.com.my, bagi pengambilan pekerja asing seramai 32,000 orang untuk kuota sektor perladangan secara pengecualian khas dibuka bermula 28 Jan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOLEH BERBEZA PENDAPAT, JANGAN HILANG HORMAT
KLEBANG 31 Ogos - Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi alasan untuk rakyat meruntuhkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama, sebaliknya...
AKAR ANAK MUDA MELAKA MESTI KUAT, BERANI TEMBUS DUNIA
KLEBANG 31 Ogos - Generasi muda Melaka perlu mempunyai akar yang kukuh di negeri sendiri, namun pada masa sama berani...
KEMERDEKAAN BERMAKNA APABILA RAKYAT MELAKA NIKMATI HASIL KEMAJUAN
KLEBANG 31 Ogos - Kemerdekaan hanya benar-benar bermakna apabila hasil pembangunan dapat dinikmati dan dirasai rakyat, kata Ketua Menteri Datuk...
DI MELAKA, KEMERDEKAAN BUKAN SEKADAR BAB SEJARAH – AB RAUF
KLEBANG 31 Ogos - Kemerdekaan bukan sekadar satu bab dalam buku sejarah, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang Melaka sebagai...
30,000 HIDUPKAN AMBANG MERDEKA MELAKA DI KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Dianggarkan lebih 30,000 pengunjung membanjiri Dataran 1 Malaysia Klebang malam ini dengan sajian persembahan penuh warna-warni...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
