
Bekas MB Selangor meninggal dunia
KUALA LUMPUR 31 Julai – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, 11.08 malam tadi.
Berita itu disahkan pengendali Facebook Abdul Khalid Ibrahim pada satu hantaran di Facebook.
Menurut kenyataan itu, pemergian Allahyarham disaksikan semua ahli keluarganya.
Tambah kenyataan itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
“Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.
“Atas titah dan limpah kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam,” kata kenyataan itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.
Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pada injap jantung sejak 23 April lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: JEZLEE SEDIA GALAS AMANAH DEMI RAKYAT SUNGAI RAMBAI
AYER KEROH 26 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai Jezlee Pit, bertekad memberikan...
PRN MELAKA: CIKGU ROSLI RANGKA PEMBANGUNAN INKLUSIF DI KUALA LINGGI
AYER KEROH 26 Oktober - Datuk Rosli Abdullah mahu meneruskan agenda pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, selepas...
ICYM BANTU IKHWAN FARIS TERBANG TINGGI, RAIH DUA ANUGERAH
AYER KEROH 26 Oktober - Usaha selama tiga tahun mengikuti Diploma Industri Elektronik membuahkan hasil apabila Nor Ikhwan Faris Norfaisal,...
YB ALONG SAYANG, JAGA GENERASI KEDUA FELDA BUKIT SENGGEH
ASAHAN 26 Oktober - Selain menyelesaikan isu pemilikan tanah, generasi kedua Felda Bukit Senggeh juga dibantu untuk memiliki kediaman sendiri,...
MESRA KEBAJIKAN: DI SEBALIK LAMPIN, TIN SUSU ADA KELEGAAN BUAT RAKYAT
AYER KEROH 26 Oktober - Kos mendapatkan susu khas dan lampin pakai buang yang mencecah ratusan ringgit menjadi beban buat...
780 SYARIKAT BUKA LALUAN KERJAYA BUAT GRADUAN ICYM
DURIAN TUNGGAL 26 Oktober - Kerjasama dengan lebih 780 syarikat industri membuka peluang kepada graduan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM)...
