Beli rumah Parkland, berpeluang menang kereta mewah
BACHANG 3 September – Parkland Group menawarkan hadiah utama sebuah kereta berjenama BMW 2 Series bagi pembeli kediaman di Bandar Botani Parkland Fasa 2 yang bertuah.
Pengurus Besar Bahagian Jualan Hartanah dan Pemasaran Parkland Group, Jocelyn Wee berkata, pembeli kediaman di Bandar Botani Fasa 2 jenis teres dua tingkat, kluster dua tingkat, semiD dua tingkat dan banglo dua tingkat berpeluang menyertai cabutan bertuah kereta BMW 2 series tersebut.
“Sertai kami pada 25 September (Ahad) nanti pada jam 9 pagi hingga 6 petang bagi cabutan bertuah kereta untuk pembeli, cabutan bertuah awam, persembahan, permainan, makanan dan banyak lagi.
“Pada hari tersebut juga Ketua Menteri akan membuat cabutan bertuah dua buah kenderaan iaitu Toyota Vios dan Proton Saga bagi pembeli kediaman fasa 1.
“Ketua Menteri akan melancarkan majlis tersebut dan membuat cabutan bertuah bagi dua kereta untuk pembeli fasa 1.
“Setakat ini perumahan Bandar Botani Parkland Fasa 1 sebanyak 700 unit telah habis dijual dan sambutannya sangat memberansangkan.
“Kerja-kerja pembinaan kediaman Fasa 1 sedang dijalankan dan tarikh dijangka siap adalah pada Ogos 2023,” katanya.
Katanya, Bandar Botani Parkland merupakan bandar baharu yang mempunyai hak milik kekal serta mengutamakan konsep kehijauan dan gaya hidup berkualiti.
“Terdapat taman rekreasi dan canal (terusan) buatan seluas 12.14 hektar (30 ekar), kawasan ekologi, rekreasi sukan seperti bola sepak, sepak takraw, badmintan, roller blade dan skating, kawasan permainan kanak-kanak, trek berjoging dan kayuh basikal dan sebagainya.
“Terletak di lokasi yang strategik dengan pembukaan jalan raya baharu, pembeli hanya mengambil masa 17 minit ke Semabok, 12 minit ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil dan tiga minit ke Tol Jasin.
“Dengan jalan ini, kereta-kereta dari Johor Bahru ke Melaka akan melalui sini untuk ke bandar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.