
BENARKAN ANAK 10 TAHUN PANDU KERETA, IBU DIDENDA RM700
SEREMBAN 9 September- Seorang wanita yang membenarkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini.
Majistret Marlissa Mohd Fahmy membuat keputusan itu selepas orang kena saman (OKS) berusia 46 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca.
Pekerja pembersihan itu membenarkan anak lelakinya memandu kereta Toyota Corolla pada 3 Sept lepas di Jalan Arowana 2 Taman Arowana Impian pada 9 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M. Pusppa manakala OKS tidak diwakili peguam.
Pusppa meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana sebagai ibu kepada tiga cahaya mata wanita itu tidak sepatutnya membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan yang boleh membahayakan keselamatan anaknya sendiri dan orang awam.
Tertuduh merayu mahkamah mengurangkan jumlah denda kerana hanya berpendapatan RM1,500 sebulan selain perlu membantu keluarga menyara tiga anaknya yang masih bersekolah.
Wanita itu juga berdepan penjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
