Beri peluang di sektor awam

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PAYA RUMPUT 8 Sept. – Kerajaan negeri diharap dapat mempertimbangkan dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat India di negeri ini bagi membolehkan komuniti itu yang mempunyai kelayakan mendapat pekerjaan bersesuai dengan kelayakan dimiliki.

Datuk M.S. Mahadevan berkata, peluang tersebut wajar diberikan kepada masyarakat India berkelayakan lebih-lebih lagi komuniti itu menganggap bekerja di sektor awam sebagai kebanggaan.

Beliau berkata, hal ini bukan sahaja dihadapi masyarakat India di Melaka tetapi di peringkat nasional apabila graduan lepasan universiti terpaksa berhadapan situasi ini.

“Untuk masyarakat India mendapatkan pekerjaan di sektor awam atau badan berkanun adalah kebanggaan buat mereka.

“Bagaimanapun disebabkan persaingan sengit ada yang mempunyai kelayakan terpaksa bekerja di sektor lain contohnya menjadi operator kilang dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan malah ada yang berhijrah bekerja di luar,” katanya.

Menurutnya, beliau difahamkan profesion guru merekodkan jumlah penjawat awam tertinggi bagi masyarakat India negeri ini berbanding yang bertugas di jabatan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Isu ini kerap menjadi isu dalam kalangan belia dan lepasan universiti kerana setiap tahun jumlah graduan bertambah,” katanya.

Mengulas lanjut, kerajaan negeri khasnya sentiasa memberi perhatian dalam hal ini setiap kali dibawa dalam perbincangan namun beliau amat berharap agar ada perkhabaran gembira buat komuniti itu dalam sama-sama memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Views:

277
Kongsi :
Previous post PMM kongsi 59 inovasi bahan pengajaran dalam talian
Next post Belia Komuniti India perlu rebut peluang
Ubah saiz-+=