Sorting by

×

Berlaga centong kacau bubur lambuk dan dodol di Tanjung Bidara

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

TANJUNG BIDARA 24 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini bermandi peluh mengacau dodol dan bubur lambuk bersama-sama anggota komuniti.

Mereka berganding bahu menghasilkan bahan makanan itu pada program Berlaga Centong di dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (JAPERUN) Tanjung Bidara, di sini.

Sudip kayu besar atau lebih dikenali anggota komuniti di negeri ini sebagai centong berlaga sesama sendiri ketika digunakan untuk mengacau 12 periuk bubur lambuk dan 11 kawah dodol.

Seramai 300 ahli komuniti Tanjung Bidara bergotong-royong mengacau dodol dan bubur lambuk sebelum mengedarkan 500 mangkuk dodol cair dan 3,000 bubur lambuk kepada anggota masyarakat.

Selain pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ddari 14 kampung, program itu turut disertai ketua komuniti empat taman perumahan yang ditemani anak kariah masing-masing.

Ali (tengah) dan ahli komuniti menngacau bubur lambuk pada program Berlaga Centong di dewan JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah.

Anak kariah Kampung Londang, Ali Long, 55, berkata program berkenaan dinantikan anggota komuniti selepas dua tahun tidak mampu bergotong-royong untuk menghasilkan bahan makanan pada Ramadan.

“Alhamdulillah, Ramadan kali ini kerajaan membenarkan aktiviti seumpama ini selepas negara melangkah ke fasa endemik.

“Dengan mengacau dodol dan bubur lambuk secara kolektif, kami dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan rakyat,” katanya.

Esah Abdul Majid, 46, berkata dia teruja berpeluang memberikan khidmat tenaga dalam program berkenaan selepas dua tahun terpaksa menyambut Ramadan dan Aidilfitri dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan tahun lalu.

Katanya, kemampuan menghasilkan bubur lambuk dan dodol membuktikan semangat saling bekerjasama dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Saya gembira kerana kita tidak lagi terkurung dalam rumah akibat PKP dan mampu meraikan kehadiran 1 Syawal seperti biasa,” katanya.

Ab Rauf menuang bubur lambuk ke dalam mangkuk pada program Berlaga Centong di dewan JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah hari ini.

Dia berkata, bubuk lambuk dan dodol sekurang-kurangnya meringankan beban anggota masyarakat B40 untuk berbelanja menjelang berbuka puasa.

Katanya, meskipun penat mengacau dodol, dia tetap bersemangat untuk mengedarkan bahan makanan tradisional Melaka itu kepada orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1372
Kongsi :
Previous post MTUC perlu main peranan wujud hubungan baik majikan, pekerja – PM
Next post Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis kereta
Ubah saiz-+=