Jualan Rahmah di Melaka kekal diadakan setiap bulan

Masa Membaca:57 Saat

KESIDANG 14 Mei – Program Jualan Rahmah akan terus dilaksanakan pada setiap bulan bagi membantu rakyat di negeri ini membeli barangan keperluan pada harga lebih murah.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, program tersebut bakal menjelajah ke seluruh negeri di lokasi yang telah ditetapkan.

“Penganjuran ini akan diadakan di lokasi tertentu yang ditetapkan, antaranya seperti di Japerun atau lokasi tumpuan ramai bergantung kepada faktor sesebuah penempatan.

“Kedua, jualan ini juga akan dilaksanakan pada setiap 24 hari bulan pada setiap bulan dengan menawarkan pelbagai potongan barangan keperluan asas di mana-mana pasar raya terpilih seperti Family Store dan banyak lagi.

“Kita akan terus menganjurkan jualan ini di setiap DUN yang berbeza dan berharap semoga inisiatif ini mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau menambah, jadual Program Jualan Rahmah akan sentiasa dikemaskini di laman Facebook rasmi beliau dan laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

“Kita minta kepada orang ramai untuk merujuk kepada jadual yang ditetapkan untuk mengetahui lokasi dan tarikh penganjurannya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

446
Kongsi :
Previous post Ops Bebas MBMB: 6 premis kotor terima notis RM3,000
Next post Cekal besarkan anak istimewa, Rahamah diangkat ibu inspirasi negara
Ubah saiz-+=