
“Berlaku kesilapan teknikal berkaitan ADUN Ayer Limau positif COVID-19” – Exco Kesihatan
AYER MOLEK 2 Okt. – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman mengakui berlaku kesilapan teknikal membabitkan Pusat Kesihatan Daerah Alor Gajah berkaitan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau yang didapati positif COVID-19, semalam.
Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius mengenai isu terbabit dan siasatan awal mendapati berkaku kekeliruan berkaitan isu wakil rakyat Ayer Limau yang didapati positif COVID-19.
“Saya melihat ada sedikit kelemahan teknikal yang menyebabkan ianya berlaku.
“Selepas berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri, saya minta mereka membuat penambahbaikan dan siasatan diteruskan.
“Jika disebabkan faktor staf atau petugas tindakan akan tetap dikenakan kepada yang terlibat jadi kami memohon maaf mengenai isu itu,” katanya pada sidang media di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek, di sini.
Berita lanjut menyusul
Views:
Related


Berita Lain
LA21: MPJ CEMERLANG, PERKUKUH AGENDA KOMUNITI MAMPAN
JASIN 29 Oktober - Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memperkukuh pembangunan komuniti mampan membuahkan hasil apabila menerima Pengiktirafan Cemerlang Pelaksanaan...
PRN MELAKA: ‘BN-PAS SUDAH BERNIKAH, BERKADI’ – AB RAUF
LENDU 29 Oktober - “Di sini kita sudah bernikah dengan berkadi, kalau bercerai pun nanti ada talak,” demikian kiasan Pengerusi...
PRN MELAKA: 5 TAHUN BERKHIDMAT PENUH IKHLAS, TOK HAMEED SERAH RAKYAT MENILAI
AYER LIMAU 29 Oktober - Diberi kepercayaan sekali lagi oleh Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
BEKALAN TENAGA STABIL KUNCI TARIK PELABURAN KE MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Bekalan tenaga yang stabil dan mampan menjadi antara faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur untuk...
FELCRA SEDIA BANTUAN KHAS PESERTA B40 TUNGGU HASIL TANAM SEMULA
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad diarahkan menyediakan bantuan khas kepada peserta kategori B40 yang terlibat dalam program tanam...
EDRA SUMBANG RM40,000 BANTU 150 KELUARGA DI DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Seramai 150 keluarga daripada 14 kampung seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menerima manfaat...
