MBMB, MPAG terima sijil Malaysia SDG Cities

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ALOR GAJAH 2 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya telah menerima sijil penyertaan dalam program khas Malaysia SDG Cities.

Ia bersempena penganjuran edisi kedua Malaysia Urban Forum (MUF) 2020 yang diadakan di Auditorium Asian International Arbitration Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir mewakili MBMB pada majlis itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu, manakala
MPAG diwakili, Yang Dipertuanya Mohd Fadhil Hassan.

ZAINAL (kiri) dan Mohd Fadhil (kanan) bergambar bersama sijil penyertaan program khas Malaysia SDG Cities yang disampaikan Muhyiddin. Foto MBMB

Penyampaian sijil tersebut telah disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan disaksikan bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Dalam memenuhi agenda Matlamat Pembangunan Lestari seperti yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia seperti negara-negara lain, perlu terlebih dahulu menangani cabaran perubahan iklim yang menjadi salah satu isu utama dalam pelaksanaannya.

Pembangunan sesebuah bandar perlu diselaras secara seimbang dengan kelestarian alam sekitar, dengan cara memikirkan kepentingan perubahan iklim, degradasi alam sekitar dan penggunaan sumber alam dengan lebih bijak.

Sehubungan dengan itu, MBMB dan MPAG telah bekerjasama dengan pihak Urbanice Malaysia di bawah penyelarasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak tahun 2018, bagi menyediakan sebuah laporan kajian khas Perbandaran SDG Voluntary Local Review (VLR).

Views:

1006
Kongsi :
Previous post BTMK pastikan agensi, jabatan kerajaan negeri terima manfaat
Next post “Berlaku kesilapan teknikal berkaitan ADUN Ayer Limau positif COVID-19” – Exco Kesihatan
Ubah saiz-+=