
Bila Larut Malam: Melaka River Cruise buka dua kaunter tiket
AYER LIMAU 25 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka akan membuka dua kaunter tiket Melaka River Cruise bersempena Melaka Nightlife atau Bila Larut Malam pada 1 Jun depan.
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, dua kaunter itu dibuka di Dataran Pengkalan Rama dan Quayside Muara Sungai Melaka.
Katanya, dua kaunter itu akan beroperasi untuk penjualan tiket dengan harga serendah RM10 seorang.
“PPSPM juga menawarkan pakej promosi di mana pengunjung yang membeli empat tiket dan mendapat satu tiket percuma.
“Selain itu, mereka juga boleh menyertai cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan cara membeli mana-mana cenderahati TMM2024 serendah RM10 sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Khairunnisa berkata tujuan pembukaan kaunter tiket MRC di Pengkalan Rama untuk menarik lebih ramai pengunjung singgah ke ‘Floating Market’ dan ‘Windmill Pink Market’.
“Bila Larut Malam ini akan beroperasi selama tiga jam dan kita sasarkan sekurang-kurangnya 3,000 pengunjung yang akan menaiki MRC,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 30 BAS, 90 VAN SHUTTLE PERCUMA MUDAHKAN ORANG RAMAI
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 30 bas dan 90 van ulang-alik (shuttle) percuma disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan pergerakan...
ZAKAT RIQAB MAIM BANTU ‘ORANG DISELIA’ BINA HIDUP BAHARU
MERLIMAU 21 Ogos - Sebanyak RM70,000 daripada peruntukan zakat Riqab Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disalurkan bagi merealisasikan Kafe Riqab...
CHARITY RIDE PDRM-IPSC SUPER SANTUNI 10 PESARA POLIS DI MELAKA
AYER KEROH 21 Ogos – Program Konvoi ‘Charity Ride’ Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Superbike Club (IPSC) sempena Sambutan Hari...
TUN DR. MOHD ALI SEMPURNAKAN PERASMIAN MASJID AL-MUKMINUN SERI MENDAPAT
SUNGAI RAMBAI 21 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan perasmian Masjid Al-Mukminun...
20,000 T-SHIRT, 2,000 HELMET EKSKLUSIF JADI TARIKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 20,000 helai t-shirt istimewa dan 2,000 helmet eksklusif bakal menjadi antara tarikan utama Karnival...
HARI KEBANGSAAN: 13 PRODUK PELANCONGAN MELAKA PERCUMA UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka bukan hanya tertumpu kepada acara kemerdekaan, malah rakyat Malaysia...
