Bina Hab Warisan Melaka dan Galeri Dondang Sayang

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 27 November – Hab Warisan Melaka dan Pusat Latihan serta Galeri Dondang Sayang Negeri Melaka akan diwujudkan dalan usaha unutk mewariskan seni, warisan serta budaya kepada generasi akan datang.

Mengikut perancangan usaha mewujudkan kemudahan itu dijangka akan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM4.5 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagi inisiatif pembangunan industri kreatif pula Kerajaan Negeri akan melaksanakan pelbagai program yang dijangka membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM3.8 juta.

“Antara aktiviti pembangunan industri kreatif yang akan dilaksanakan adalah program Dondang Sayang, festival, acara warisan, persidangan dan bengkel berkaitan warisan.

“Kerajaan Negeri juga bersetuju memberikan potongan sebanyak 50 peratus duti hiburan ke atas mana-mana program hiburan dilaksanakan di premis Kerajaan Negeri termasuk milik agensi atau anak syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Bajet 2024 Negeri Melaka bertemakan ‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan’ pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurut beliau sejumlah RM11.7 juta juga dibelanjankan bagi kerja-kerja baik pulih bangunan warisan, penyelidikan dan pemuliharaan tapak bersejarah, pemuliharaan rekabentuk bandar warisan serta pelan risiko bencana tapak warisan dunia Melaka.

“Langkah ini bagi menjaga, memulihara dan mempromosikan warisan budaya serta sejarah yang dinyatakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2425
Kongsi :
Previous post 4,724 ahli JPKK, JPKKB dan sidang Melaka terima tambahan elaun
Next post Potongan lima peratus untuk pembayar cukai tanah
Ubah saiz-+=