4,724 ahli JPKK, JPKKB dan sidang Melaka terima tambahan elaun

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 27 November – Peranan kepimpinan akar umbi iaitu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baharu (JPKKB) serta sidang-sidang di negeri ini disifatkan sangat penting dalam berurusan dengan rakyat.

Melihat kepada peranan besar itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan tambahan elaun kepada 4,724 ahli JPKK, JPKKB dan sidang-sidang di Negeri Melaka.

Menurut Ab Rauf, peruntukan berjumlah RM6.1 juta itu adalah menerusi Bantuan MESRA JPKK, JPKKB dan Sidang-sidang Negeri Melaka.

Jelas beliau, ia merupakan merupakan tambahan kepada peruntukan elaun yang disediakan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

“Kerajaan Negeri juga turut membiayai kos insurans dan khairat kematian kepada semua ahli JPKK dan JPKKB serta Sidang-sidang Negeri Melaka dengan implikasi kewangan berjumlah RM2 juta,” katanya pada pembentangan Bajet 2024 Negeri Melaka bertemakan ‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan’, di sini, hari ini.

Tambah Ketua Menteri, selain tambahan elaun, kesemua 316 JPKK Negeri Melaka juga akan menerima pemberian insentif tadbir urus berjumlah RM5,000 bagi menambah baik aspek pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pembangunan komuniti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6039
Kongsi :
Previous post Melaka promosi TMM2024 di China
Next post Bina Hab Warisan Melaka dan Galeri Dondang Sayang
Ubah saiz-+=