BN yakin tawan semula Parlimen Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

LENDU 22 Oktober – Barisan Nasional (BN) yakin parti itu mampu merampas semula kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini, meskipun tidak meletakkan calon daripada UMNO.

Pengerusi Perhubungan BN Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Alor Gajah dianggap Parlimen yang unik di Negeri Melaka, kerana diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada MCA, MIC dan UMNO.

“Kesepakatan semua parti komponen ini menunjukkan semangat Keluarga Malaysia yang memberikan pulangan terbaik kepada BN dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Machap Jaya (MCA) dan Gadek (MIC).

“Alor Gajah sebelum ini umpama kerusi tradisi MCA, parti mana yang akan mewakili BN pada PRU-15 bergantung kepada rundingan pihak tertinggi untuk lihat dan menentukan pilihan terbaik.

“Namun keutamaan adalah memastikan Parlimen Alor Gajah memang dibawah lambang BN. Malah kerusi parlimen Masjid Tanah juga akan menjadi milik BN selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Program Isi Minyak Motosikal Percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Lendu di stesen minyak Pertonas Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu.

IMG_8350
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (dua dari kiri) dan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kiri) hadir pada Program Isi Minyak Motor Percuma di Petronas Masjid Tanah. Foto: MR. AZLI

Sementara itu mengulas perkara sama Sulaiman percaya, BN mampu mencapai matlamat itu berdasarkan kepada kekuatan jentera yang akan digerakkan sepanjang PRU-15 nanti.

“Selepas PRU-14 rakyat banyak pembangunan yang terbantut, akibat kerajaan yang tidak stabil dan ketidaktentuan yang berlaku ketika itu.

“Rakyat menjadikan itu sebagai satu ikhtibar dan ramai menyatakan mereka kini mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan tidak mahu perkara sama seperti PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) berulang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2903
Kongsi :
Previous post Kerajaan utamakan pembangunan digital, komited wujud masyarakat celik teknologi – PM
Next post Polis rekod keterangan tiga pelajar bantu siasatan kes buli
Ubah saiz-+=