
Polis rekod keterangan tiga pelajar bantu siasatan kes buli
SHAH ALAM, 22 Okt – Polis telah merekodkan keterangan tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu bagi membantu siasatan kejadian buli melibatkan seorang pelajar lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Banting, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata pihaknya menerima satu laporan malam tadi daripada seorang suri rumah berusia 40 tahun menyatakan anak lelakinya yang berusia 13 tahun dibuli.
“Semasa kejadian, mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu kesakitan pada pipi akibat dipukul.
“Punca kejadian dipercayai pelajar-pelajar berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak hadir bertemu guru disiplin berikutan kegiatan mereka ponteng sekolah pada 12 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Semalam, tular menerusi media sosial, video berdurasi 55 saat memaparkan seorang pelajar menangis selepas ditampar dan ditendang beberapa kali oleh sekumpulan pelajar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Sungai Melaka dipilih sebagai lokasi pertama luar China untuk memperkenalkan budaya Perahu Naga Shuang Rao...
PERAHU NAGA SHUANG RAO BUKA TIRAI FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Persembahan Perahu Naga Shuang Rao dipilih sebagai acara pembukaan rasmi Festival Sungai Melaka 2026 yang...
PENGKALAN BATU DUN MESRA KELUARGA, ANAK MUDA
PENGKALAN BATU 14 Jun – Penganjuran Karnival Perpaduan dan Pembangunan Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berjaya menjadi platform...
MPHTJ NAIK TARAF TIGA RUMAH PANGSA DI KESIDANG
KESIDANG 14 Jun – Penduduk di tiga rumah pangsa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bakal menikmati kemudahan yang lebih...
KARNIVAL USAHAWAN PERKASA PMKS MELAKA, BUKA PELUANG TEROKA INDUSTRI HALAL
KESIDANG 14 Jun – Daripada khidmat nasihat perniagaan hinggalah peluang meneroka pensijilan halal menjadi antara manfaat yang disediakan kepada orang...
AUNM 2026 PENTAS TERTINGGI IKTIRAF USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 13 Jun – Lebih 100 usahawan dari seluruh Melaka telah mengemukakan permohonan bagi merebut peluang untuk dinobatkan sebagai penerima...
