Jalankan amanah bantu rakyat tanpa pilih bulu

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

LENDU 22 Oktober – Usaha membantu meringankan beban rakyat menerusi penyaluran pelbagai jenis bantuan oleh Kerajaan Negeri Melaka dilakukan tanpa memilih bulu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, selepas diberikan mandat untuk mentadbir Kerajaan Negeri Melaka, gerak kerja membantu meringankan beban rakyat dilakukan tanpa mengira perbezaan parti politik atau faktor lain.

“Kerajaan Melaka selepas memerintah kita tidak pilih bulu, tidak kira parti. Kita tetap jalankan tugas selepas menjadi Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Ketika program tadi saya sendiri membantu mengisi pertol dan saya kenal siapa yang datang. Tetapi pemberian ini adalah percuma untuk rakyat, jadi siapa sahaja yang datang kita beri,” katanya pada sidang media selepas Program Isi Minyak Motosikal Percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan Tanjung Bidara yang diadakan di stesen minyak Pertonas Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.

IMG_8349
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengadakan sodang akhbar pada Program Isi Minyak Motor Percuma di Petronas Masjid Tanah. Foto: MR. AZLI

Sementara itu Ab Rauf yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka berkata, program anjuran perhubungan BN negeri itu dijalankan serentak di 25 DUN pada hari ini.

Beliau berkata, program itu adalah simbolik tanda terima kasih kepada rakyat sempena ulang tahun pertama BN diberikan mandat mentadbir Negeri Melaka.

“Terima kasih kepada rakyat yang memberi mandat kepada kami untuk menguruskan Kerajaan Negeri Melaka, saya berharap semua mengambil peluang sempena program dianjurkan hari ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1787
Kongsi :
Previous post Polis rekod keterangan tiga pelajar bantu siasatan kes buli
Next post Sekolah di Melaka jadi PPS, tidak akan jadi pusat mengundi – Exco
Ubah saiz-+=