Boling satukan alumni SMK Seri Mahkota Umbai

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 12 Ogos – Kenangan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota Umbai di bangku sekolah bertaut kembali menerusi program Riuh Boling Seri Mahkota, baru-baru ini.

Program yang diadakan di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) Ayer Keroh itu disertai seramai 64 peserta yang terdiri daripada gabungan bekas pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Pengerusi Alumni SMK Seri Mahkota Zainal Mahadi berkata, program tersebut merupakan kali kedua dianjurkan pihaknya bagi mengeratkan kembali hubungan silaturahim di antara bekas pelajar yang pernah menerima pendidikan di sekolah berkenaan dan kini berjaya dalam bidang masing-masing.

“Selain mengeratkan ikatan, program ini juga membawa misi besar iaitu mengumpul dana atau sumbangan bagi membantu pembangunan pelajar dan sekolah ini.

“Insya-Allah selepas ini kami akan menganjurkan program hi-tea bersama alumni pada hujung bulan ini,” katanya.

Program tersebut telah dirasmikan Pengetua SMK Seri Mahkota Khadijah Ahmad.

IMG-20230812-WA0014
PEMENANG Riuh Boling Seri Mahkota bergambar bersama pada penutup program berkenaan.

Khadijah dalam ucapannya menzahirkan harapan agar jalinan kasih di antara guru dan alumni dapat diperkukuh, selain berharap misi persatuan dipermudahkan dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan di sekolah berkenaan.

Di akhir pertandingan, gabungan guru dan alumni dinobat johan keseluruhan dengan jatuhan pin terbanyak, sementara peserta terbaik lelaki dan wanita masing-masing disandang Faruq Hakimi Baharudin dan Yang Chik Mansor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5837
Kongsi :
Previous post Malam minggu di Banda Hilir lebih meriah
Next post Mafa buka jalan bangunkan atlet bola sepak wanita
Ubah saiz-+=