Briged Sukarelawan IPT sedia hadapi tengkujuh

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 23 September – Briged Sukarelawan IPT #KPTPrihatin sudah bersedia untuk membantu mangsa di lokasi terjejas banjir seluruh negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, briged berkenaan ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti dan program sukarela dikendalikan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia.

“Pengamalan bencana banjir penghujung tahun 2021 lalu yang menjejaskan beberapa buah negeri membuktikan pentingnya peranan sukarelawan dalam kalangan mahasiswa.

“Ketika itu lebih 20,000 mahasiswa terlibat sebagai sukarelawan dalam misi bantuan banjir.

“Sebagai langkah menambah baik pengurusan kesukarelawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT), Kementerian Penganjian Tinggi (KPT) bersetuju menubuhkan briged ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program KPT Prihatin TUAH Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Sejahtera bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, di sini, malam tadi.

Menurutnya, penubuhan briged berkenaan juga diharap mampu meletakkan kesiapsiagaan semua agensi untuk menghadapi sebarang bencana tidak diduga pada tahap tertinggi.

“Kita harap lebih ramai yang menyertai briged ini memandangkan sudah ramai yang kembali ke kampus, jadi mereka boleh menyumbangkan tenaga untuk membantu masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan berkaitan beliau berkata KPT menerima 292,777 permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia setakat 22 September.

“Setakat 19 September lalu, seramai 1,610 pelajar UTeM layak menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1919
Kongsi :
Previous post Melaka fokus jadi hab pendidikan global – KM
Next post PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya
Ubah saiz-+=