
Buffet Ramadan ala kampung, persembahan kebudayaan di MMACP
AYER KEROH 5 Apr. – Mini Malaysia and ASEAN Cultural Park (MMACP) atau lebih dikenali sebagai Taman Mini Malaysia Ayer Keroh buat pertama kalinya bakal memperkenalkan Buffet Ramadan – Citarasa Nostalgia bermula 15 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MMACP Arif Faiz Zainudin berkata, buffet itu bakal menyajikan lebih 50 hidangan warisan dari seluruh negara termasuk hidangan utama berupa kambing golek kepada pengunjung dan pencuci mulut istimewa.
Menariknya, pengunjung juga bakal disajikan dengan persembahan kebudayaan oleh artis dan penari MMACP dalam suasana yang cukup berbeza.
“Kita akan memulakan Buffet Ramadan ini pada puasa ketiga tetapi kita meletakkan had 100 pengunjung sahaja setiap hari bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.
“Selain dapat berbuka puasa dengan juadah warisan ala kampung serta persembahan kebudayaan, kita turut menyediakan segala kemudahan termasuk surau untuk pengunjung menunaikan solat Tarawih di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata, harga yang ditawarkan untuk Buffet Ramadan – Citarasa Nostalgia itu juga amat berpatutan iaitu serendah RM68 untuk dewasa dan RM38 kanak-kanak.
Untuk sebarang tempahan, orang ramai bolehlah menghubungi MMACP menerusi talian WhatsApp 0133138686.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: 80 PEMANCING SERTAI PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SEPIT BIRU
AYER LIMAU 9 September - Seramai 80 pemancing mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Udang Galah Sepit Biru bersempena Program Wakil...
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
TERHARU TOK RAUF KONGSI BERITA GEMBIRA BUMBUNG RUMAH PUSAKA BAKAL DIGANTI
AYER LIMAU 9 September - Masalah bumbung rumah pusaka didiami Mualif Mohd Noor yang bocor sejak sekian lama mendapat perhatian...
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
