Bukan calon PRN Melaka, tidak jejas nasib Pak Wan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 7 Nov – “Medan saya Parlimen bukannya negeri, dinamik berbeza jadi fokus saya untuk Parlimen…apapun kekuatan parlimen datangnya daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) calon-calon yang akan bergerak”.

Itu penjelasan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Beliau berkata meskipun tidak bertanding dalam PRN Melaka, namun ianya tidak menjejaskan nasib beliau sebagai Ahli Parlimen.

“Kita seboleh mungkin memastikan calon-calon daripada Perikatan Nasional (PN) terutamanya di bahagian Alor Gajah dibantu untuk mendapat kemenangan pada PRN Melaka.

“Ia tidak menjejaskan nasib saya, sebab ‘member’ Parlimen tidak semestinya bertanding di DUN, kalau kita lihat ada sebab contohnya PKR meletakkan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Paya Rumput.

“Dan ada sebab juga Ahli Parlimen Masjid Tanah bertanding di Tanjung Bidara, itu strategi parti masing-masing…kita tak tahu apapun kita akur atas apa yang telah distrukturkan oleh pimpinan tertinggi PN,” katanya kepada MHI.

Ujarnya, setakat ini tugasnya di Parlimen masih berjalan seperti biasa, namun memerlukan kerjasama untuk membantu calon-calon yang bertanding PRN Melaka memperoleh kemenangan.

“Setakat ini tugas saya di Parlimen berjalan seperti biasa, cuma bertambah berat untuk membantu calon-calon PN yang telah dinamakan untuk memberi kemenangan kepada mereka, itu tanggungjawab kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

434
Kongsi :
Previous post Norhizam yakin menang bertanding Bebas
Next post PRN Melaka: Calon positif COVID-19 dibenarkan bertanding – Pengerusi SPR
Ubah saiz-+=