Norhizam yakin menang bertanding Bebas

Masa Membaca:58 Saat

PENGKALAN BATU 7 Nov – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yakin akan menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu.

Beliau terdahulu, mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai calon bebas.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana yakin mempunyai kekuatan akan memperoleh kemenangan dengan peratusan 80 peratus.

“Hari ini saya muncul atas tiket Bebas saya hendak membuktikan kepada seluruh rakyat terutamanya penduduk Pengkalan Batu yang pemimpin Bebas boleh buat kerja.

“Saya yakin (saya) punya kekuatan, kita ada 80 peratus akan menang. Saya mungkin dilahirkan untuk rakyat. Saya yakin bila kita tabur bakti kemenangan akan ada,” katanya pada sidang media di Taman Lagenda, petang hari ini.

Menurutnya, berhubung pemilihan simbol logo yang akan digunakan pada PRN ia diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat keputusan.

“Kita ada cadangkan tetapi ditentukan oleh SPR. Parti ini hanya simbol dan logo sahaja yang undi kita adalah rakyat.

“Borang sudah diisi malah deposit untuk poster juga sudah dibuat kepada dua pihak berkuatkuasa tempatan (PBT) selain bayaran deposit kepada SPR,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

319
Kongsi :
Previous post 28 Pusat Penamaan Calon dibuka, perhimpunan, perarakan penyokong dilarang
Next post Bukan calon PRN Melaka, tidak jejas nasib Pak Wan
Ubah saiz-+=