Bukit Cina jadi taman peringatan Malaysia-China – KM

Masa Membaca:55 Saat

PANTAI KUNDOR 6 Mei – Kerajaan Negeri bersedia menjadikan Bukit Cina sebagai taman peringatan yang menceritakan tentang hubungan diplomatik Malaysia-China.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata ia bagi mengimbau sejarah 600 tahun dahulu bahawa hubungan perdagangan dan diplomatik dua negara itu terjalin sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi.

“Jadi Kerajaan Negeri juga bersedia untuk menjadikan Bukit Cina sebagai taman peringatan Malaysia-China. Apabila berlangsung Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Melaka nanti, pelancong China akan berkunjung ke negeri ini.

“Menerusi hubungan ini kita mengharapkan pelancong China akan duduk di Melaka dan memberikan sumbangan ekonomi kepada negeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kapal Layar Tradisional Terbesar Di Dunia Fu Ning kini berlabuh di Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

89
Kongsi :
Previous post Melaka tuan rumah Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Next post Panggung Bangsawan bakal tingkatkan imej seni budaya warisan
Ubah saiz-+=