
Buku Didik Smart A+ bantu calon SPM
LENDU 12 Feb – Sebanyak empat sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menerima buku Didik Smart A+ sebagai persediaan pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), awal bulan depan.
Program Serahan Buku Didik Smart A+ DUN itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Kompleks JAPERUN Lendu, hari ini.
Antara sekolah yang menerima serahan buku itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, diikuti SMK Ghafar Baba, SMK Hang Kasturi dan SMK Sungai Udang.
Setiap sekolah menerima 125 naskhah buku latihan dan teknik menjawab soalan.
Buku Didik Smart A+ merupakan kompilasi soalan-soalan terpilih subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang disediakan guru-guru Kelab Ibu bapa Guru Islam Melaka (KIBGIM).
Untuk rekod, SMART A+ merupakan antara kolum mingguan yang terkandung dalam akhbar Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
