Program Mahir Tutor jadi platform digital calon SPM

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PAYA RUMPUT 12 Feb – Program Mahir Tutor khusus buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diperluaskan di seluruh negeri Melaka sekiranya berjaya di peringkat perintis.

EXCO Pendidikan negeri Datuk Rais Yasin berkata, program digital itu diwujudkan untuk membantu pelajar memahami dan mengulang kaji subjek-subjek tertentu pada bila-bila masa secara dalam talian.

Menurutnya, calon SPM boleh mengakses program tersebut menggunakan ‘ID’ akaun khas yang telah diberikan kepada pengetua.

Katanya, untuk projek sulung hampir 500 pelajar dari dua buah sekolah perintis terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malek dan SMK Paya Rumput.

“Melalui program ini, terdapat 16 subjek yang telah direkod keseluruhan pembelajarannya secara ‘video on demand’ jadi pelajar-pelajar boleh akses bila-bila masa.

“Saya berharap agar kelas ini boleh dikembangkan keseluruh Melaka namun buat masa ini hanya di DUN Paya Rumput sahaja, di mana perintis adalah dua skolah dari DUN ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Program Digital Mahir Tutor di SMK Tun Haji Abdul Malek, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput turut berharap inisiatif seumpama itu dapat dilaksanakan di semua DUN bagi membantu para pelajar, apatah lagi dalam kesukaran mengadakan kelas tuisyen fizikal.

“Saya harap para pelajar untuk terus mengambil peluang yang ada ini untuk ulang kaji menggunakan platform yang disediakan.

“SPM Ujian bertulis akan mula pada awal bulan depan, walaupun sejam atau setengah jam sebelum peperiksaan bermula, pelajar masih mmpnyai masa untuk merujuk video digital subjek dan kita panggil ini last minit untuk ‘struggle’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1294
Kongsi :
Previous post Buku Didik Smart A+ bantu calon SPM
Next post Kerajaan diminta pertimbang tangguh gaji minimum, kenaikan tarif elektrik – MBAM
Ubah saiz-+=