Cakoi panas jadi rebutan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

DURIAN TUNGGAL 14 Mei – Kuih cakoi atau di sesetengah tempat digelar pak koco menjadi juadah tarikan pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, di Kampung Belimbing Dalam, di sini malam tadi.

Gerai ‘Baby Cakoi’ merupakan antara 12 gerai makanan yang tersedia bagi menjamu pengunjung yang hadir.

Malah, pengusaha makanan itu, Azwan Husin, 28, tidak menang tangan menyediakan juadah tersebut yang digoreng panas-panas untuk disajikan kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu.

“Kali ini cukup meriah sebab setiap kali kita lepas goreng dan letak dalam dulang terus habis.

“Kita sampai tak menang tangan sebab nak memotong doh yang dibuat secara terus di gerai ini.

“Kali ini kita menerima tempahan lebih kurang 1,500 ketul cakoi dengan 10 kilogram doh dan alhamdulillah kesemuanya habis disajikan kepada orang ramai secara percuma,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati gerai-gerai lain yang menyediakan nasi lemak, mi goreng, putu piring, apam balik dan lain-lain turut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Dianggarkan lebih 7,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri di DUN berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba pada 8.47 malam dan disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2226
Kongsi :
Previous post Pelajar susah, masjid terima sumbangan zakat
Next post Sambutan Hari Bomba 2023: Insiden timpa Allahyarham Mohd Diya usik emosi penonton
Ubah saiz-+=