Pelajar susah, masjid terima sumbangan zakat

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

AYER KEROH 14 Mei – “Nilai sumbangan ini amat besar dan susah pasti dapat membantu saya dalam sesi persekolahan,” itu kata penerima sumbangan Muhammad Afzam Adnan.

Muhammad Afzam, 14, berkata, di awal sesi persekolahan ini sudah pasti banyak persiapan dan kelengkapan perlu disiapkan, itu memerlukan perbelanjaan yang agak banyak.

Kata anak bongsu dari empat beradik itu, dengan sumbangan diterima ia dapat membantu meringankan beban bapanya yang bekerja sebagai tukang kebun dalam perbelanjaan sekolahnya.

“Walaupun sebelum bermulanya sesi persekolahan persediaan sudah dibuat tetapi ada lagi yang perlu disediakan.

“Jadi dengan sumbangan RM500 yang saya dapat ia akan digunakan dalam membeli keperluan persekolahan yang lain,” katanya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek itu ditemui pada Majlis Sumbangan CSR Co-opbank Pertama (CBP) Kepada Pelajar dan Masjid Negeri Melaka 2023, yang berlangsung di sebuah hotel, di Ayer Keroh.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin; Pengerusi Kobemas Datuk Salhah Salleh dan Pengerusi CBP Datuk Baharom Embi.

IMG_20230513_235621_828
AYER KEROH – Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bergambar bersama penerima sempena Majlis Sumbangan CSR Co-OpBank Pertama Kepada Pelajar dan Masjid Negeri Melaka 2023 di Hotel Kobemas, Ayer Keroh. Turut hadir bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman dan Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP), Datuk Baharom Embi. Foto Iqmal Haqim Rosman

Manakala bagi seorang lagi penerima sumbangan Nur Faradhiyah Azemi, 10, pula berkata, dia amat berterima kasih kerana bertuah dan menjadi antara yang terpilih untuk menerima sumbangan itu.

“Bersyukur sangat kerana dipilih untuk terima sumbangan ini malah peluang sebegini bukannya selalu ada jadi saya akan manfaatkan sebaik mungkin

“Dengan sumbangan itu nanti saya belanjakan untuk keperluan peralatan persekolahan selain untuk menabung juga,” katanya.

Sementara itu, Baharom berkata, pada majlis itu seramai 60 penerima terpilih menerima sumbangan pada majlis yang turut mendapat kerjasama daripada Koperasi Bena Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka itu.

“Selain pelajar turut mendapat sumbangan daripada CBP adalah enam buah masjid dan Universiti Melaka (Unimel),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1519
Kongsi :
Previous post Tradisi kacau dodol semarak raya Pantai Kundor
Next post Cakoi panas jadi rebutan
Ubah saiz-+=