yong fun juan

Calon BN Ayer Keroh sedia serah separuh elaun

AYER KEROH 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Ayer Keroh, Yong Fun Juan sedia menyerahkan separuh bayaran elaun wakil rakyat yang diterimanya kepada penduduk kawasan itu yang memerlukan bantuan.

Itu janji Fun Juan sekiranya beliau diberi mandat oleh pendunduk kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini demi membuktikan komitmen dan mengutamakan kepentingan masyarakat.

Menurutnya, beliau memahami setiap permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu terutama isu banjir yang sekian lama membelenggu rakyat dan yakin melalui pelaksanaan manifesto BN isu berkenaan akan diselesaikan dalam tempoh lima tahun.

“Jika saya diberi mandat sebagai wakil rakyat DUN Ayer Keroh, satu tabung kebajikan DUN Ayer Keroh akan diwujudkan dan saya terlebih dahulu menyerahkan separuh elaun wakil rakyat ke dalam tabung ini bagi kegunaan penduduk Ayer Keroh yang memerlukan bantuan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu program debat dengan calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, yang juga penyandang kerusi itu, Kerk Chee Yee yang disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Fun Juan.

Mengulas lanjut, menurut Fun Juan, melalui manifesto BN menawarkan langkah penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di Melaka dengan sejumlah peruntukkan sebanyak RM931.2 juta.

“Masalah pertama yang akan kita selesaikan ialah isu banjir yang mana kita turut tegaskan pada manifesto BN dan melaluinya, akan ada usaha penyelesaian jangka pendek dan sederhana diambil untuk menanganinya.

“Bagi tujuan itu juga, tender projek sudah pun dibuka dan akan digerakkan menjelang Februari tahun depan meliputi kerja-kerja pembaikan sistem saliran perparitan, tindakan altenatif tebing sungai… kita janji akan menyelesaikan segera isu banjir ini melalui kerjasama semua pihak yang berkaitan,” katanya.

Ujar beliau, melalui buku Manifesto 5 Tahun BN, antara projek yang dirancang untuk pelaksanaan nanti meliputi pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Alor Gajah Fasa 1, Bandar Merlimau, Sungai Melaka Fasa 1, Sungai Duyong, Bandar Jasin dan Krubong-Durian Tunggal.

Pada masa yang sama, kata Fun Juan, BN turut menyediakan peta ‘hazard’ banjir di Lembangan Sungai Duyong serta pembangunan pelan induk tebatan banjir di Lembangan Sungai Baru, yang mana kesemua perancangan itu bakal dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

“Rakyat boleh menilai sendiri komitmen BN melalui tawaran manifesto yang mana menyediakan 103 inisiatif pelaksanaan pelbagai projek berbanding PH yang hanya menawarkan 30 inisiatif.

“Dari situ, kita sudah nampak bagaimanan BN serius dalam usaha untuk memulihkan ekonomi dan hasrat membangunkan negeri Melaka malah kita menawarkan kemudahan serta projek kemudahan yang lebih baik serta praktikal dan menyeluruh meliputi segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

32
photo1636858535 Previous post Ismail Sabri beri semangat kepada calon BN Bahagian Tangga Batu
WhatsApp Image 2021-11-14 at 11.06.42 AM Next post ‘Tak sangka dapat surat tawaran dari PM’