‘Tak sangka dapat surat tawaran dari PM’

Masa Membaca:57 Saat

KLEBANG 14 Nov – Muhammad Daniel Hakimi Mohd Diya, 18, seakan tidak menyangka menerima sendiri surat tawaran pengajian ke institut pengajian tinggi dari tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Daniel Hakimi merupakan anak kepada Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh anggota bomba yang lemas ketika membantu mangsa banjir di Sungai Putat, 20 Okt lalu.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menerima surat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang automotif, yang merupakan bidang diminatinya sejak berusia enam tahun.

“Saya tak pernah bayangkan akan menerima sendiri surat tawaran itu dari tangan Perdana Menteri. Ia memang impian saya sejak dulu.

“Apapun, saya berjanji ingin membanggakan arwah bapa saya dan berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membantu keluarga,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri yang mengadakan lawatan ke Melaka sempat menyantuni isteri dan anak-anak Allahyarham Mohd Diya.

Di kesempatan itu, beliau telah menyerahkan surat tawaran Kolej Komuniti Bukit Beruang dalam jurusan Sijil Servis Kenderaan Ringan kepada Daniel Hakimi sambil disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.

Difahamkan, Daniel Hakimi akan memulakan pengajiannya pada Feb tahun depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

523
Kongsi :
Previous post Calon BN Ayer Keroh sedia serah separuh elaun
Next post PM beramah mesra dengan penduduk Masjid Tanah
Ubah saiz-+=