
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos – Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin ramai mendapatkan rawatan estetik yang disesuaikan dengan keadaan serta keperluan kulit masing-masing.
Sama ada berdepan masalah jeragat, jerawat, kulit kusam, kedutan halus dan wajah yang mula mengendur semua itu kini boleh dirawat di Klinik CANTIQ yang terletak Taman Lagenda, di sini.
Doktor Estetik Klinik CANTIQ, Dr. Fadhilah Parai berkata, perubahan cuaca panas, lembap dan hujan yang tidak menentu turut memberi cabaran kepada kesihatan kulit, sekali gus memerlukan penjagaan secara lebih konsisten.
Katanya, perkembangan bidang estetik masa kini menyediakan pelbagai pilihan rawatan bukan invasif dan minimal invasif yang boleh disesuaikan mengikut keadaan serta keperluan setiap individu.
“Tidak semua rawatan estetik bergantung kepada jarum atau menyebabkan sakit, kemerahan, bengkak dan tempoh pemulihan yang lama.
“Sebaliknya, terdapat juga rawatan seperti ‘medical grade facial’ yang boleh membantu menangani pelbagai masalah kulit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Dr. Fadhilah berkata, CANTIQ menawarkan pelbagai pilihan rawatan estetik termasuk ‘Skin Booster’ yang membantu meningkatkan hidrasi kulit selain menangani masalah pigmentasi dan kedutan halus.
Selain itu, katanya, turut ditawarkan rawatan ‘lifting’ menggunakan teknologi laser dan radiofrekuensi yang membantu merangsang penghasilan kolagen, selain ‘medical grade facial’ bagi membantu menangani masalah pori-pori dan meningkatkan hidrasi kulit.
“Pendekatan kami di CANTIQ ialah setiap individu mempunyai masalah kulit yang berbeza, jadi rawatan juga perlu disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan masing-masing, bukannya satu rawatan yang sama untuk semua.
“Selain rawatan kulit dan wajah, CANTIQ turut menyediakan rawatan pelangsingan badan dan pengurusan berat badan yang disertai konsultasi bagi membantu pelanggan mendapatkan pendekatan yang bersesuaian.
“Rawatan estetik bukan semata-mata untuk mereka yang mempunyai masalah kulit ketara, sebaliknya boleh dijadikan sebahagian daripada penjagaan dan penyelenggaraan kulit,” katanya.
Beliau berkata, konsultasi bersama doktor menjadi langkah penting bagi mengenal pasti keadaan kulit sebelum sebarang rawatan dicadangkan, sekali gus memastikan rawatan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan pelanggan.
“Matlamat kami di CANTIQ adalah membantu setiap individu memahami keadaan kulit masing-masing dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian berdasarkan keperluan mereka,” katanya.
CANTIQ merupakan antara rangkaian klinik di bawah Bloom Healthcare bersama Klinik MediPulih dan TULEN, yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kulit, estetik serta pelbagai rawatan berkaitan kecantikan bagi melengkapkan rangkaian perkhidmatan kesihatan menerusi jenama klinik berbeza di bawah kumpulan berkenaan.
CANTIQ menawarkan pelbagai rawatan estetik yang dikendalikan doktor bertauliah dan berpengalaman.
Klinik berkenaan beroperasi setiap Selasa hingga Sabtu, dari jam 10 pagi hingga 7 malam, manakala Ahad dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan ditutup pada setiap Isnin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

