Cari titik persamaan tangani sebarang isu

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH, 31 Ogos – Kerajaan negeri menyeru rakyat Melaka agar bersikap matang dan mencari titik persamaan dalam menangani isu percanggahan yang berlaku baik di media massa atau sosial.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, hal itu perlu bagi memastikan keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi ini dapat terus dikekalkan sekali gus bebas daripada cengkaman penjajah.

“Menyentuh tentang pencanggahan yang berlaku semuanya boleh diatasi asalkan kita sentiasa berfikiran matang, berlapang dada dan berikhtiar mencari titik persamaan serta meraikan perbezaan supaya negeri ini terus kekal merdeka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 Peringkat Negeri Melaka di sambut di Seri Negeri, di sini.

Turut berangkat ke majlis itu Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam ucapannya, Sulaiman turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas barisan hadapan ‘frotliners’ COVID-19 negeri Melaka yang bertugas tanpa mengira waktu dalam memutuskan rantaian wabak.

“Semestinya jasa mereka tidak terbalas, bertugas siang serta malam demi mengekang penularan wabak berbahaya COVID-19.

“Pentingnya di sini, selain membiasakan diri dengan ‘the new norm’ atau norma baharu dan mematupi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember kita juga mesti berusaha gigih dalam mengekang wabak ini dengan #MelakaMestiMenangCovid19,” katanya.

Views:

262
Kongsi :
Previous post HARI KEBANGSAAN: Agong berkenan kurnia pembebasan awal kepada 13 banduan
Next post Rancang ingin bernikah alasan bermalam
Ubah saiz-+=