Cemerlang sejarah dapat RM200

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 2 Februari – Insentif sebanyak RM200 menanti calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) anak jati Melaka yang cemerlang dalam subjek sejarah bagi kedua-dua peperiksaan itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf berkata, calon SPM perlu memperoleh keputusan A+ sementara itu calon STPM pula mencapai tahap A.

Jelas beliau, tawaran menerusi Insentif Bijak Sejarah bertujuan untuk mengajak anak jati Melaka menghayati dan menghargai nilai sejarah negara.

“Diharapkan menerusi pemberian insentif ini akan melahirkan lebih ramai orang muda yang celik dan cintakan sejarah tanah air kita.

“Malah Melaka sendiri adalah negeri kaya dengan sejarah, inisiatif ini juga sejajar hasrat Kerajaan Negeri untuk meluruskan kandungan sejarah itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penyampaian Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka Sesi Akademik 2024 diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Operasi Sekolah, Azman Adnan; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Pengurus Besar Tapem, Abdul Aziz Baba serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4042
Kongsi :
Previous post RM14.5 juta untuk kecemerlangan akademik anak Melaka – KM
Next post Teman tema air Melaka pecah rekod
Ubah saiz-+=