
CEMERLANG SPM 2024: SMK NYALAS, SIMPANG BEKOH DAPAT PERHATIAN YB ALONG
ASAHAN 20 Julai – Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menerima sumbangan atas kejayaan diraih pelajarnya pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, atas pencapaian itu setiap sekolah iaitu SMK Nyalas dan SMK Simpang Bekoh masing-masing menerima sumbangan RM10,000.
“Sumbangan ini diwakafkan khas kepada pelajar-pelajar SPM 2024 dan guru-guru sebagai motivasi untuk terus cemerlang serta menghargai dedikasi mereka.
“Ini juga sebagai sokongan terhadap guru yang banyak berjasa dan memberi komitmen untuk mendidik generasi muda agar terus cemerlang,” katanya kepada Melaka Hari ini.
Terdahulu dalam lawatannya ke SMK Nyalas pada Selasa (15 Julai) lalu, beliau turut meluangkan masa menyantuni pelajar tingkatan empat dan lima dalam sesi santai.
Fairul Nizam, turut berpesan kepada para pelajar supaya terus berusaha dan sentiasa menjaga disiplin agar berjaya dalam kehidupan.
“Teruskan usaha tanpa jemu, jaga disiplin, hormati guru dan tetapkan matlamat. Kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi pasti milik mereka yang konsisten dan bersungguh-sungguh,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
