Chin Ann titip nasihat buat pemain negara

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 4 Dis – Legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann menasihati semua pemain bola sepak agar memperkasa visi dan disiplin demi mengharumkan nama negara ke persada dunia.

Menurutnya, pemain bola sepak perlulah mempunyai azam untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan untung mewakili negeri atau negara.

“Buat pemain bola sepak yang ada sekarang yang penting dia mesti ada visi dan disiplin yang baik supaya pada suatu hari nanti mereka dapat bermain untuk negara atau mewakili negara.

“Setiap pemain mesti ada semangat yang tinggi untuk mewakili negara atau negeri yang mereka bermain di Piala Malaysia, Liga Super dan sebagainya.

“Sekiranya mereka nak pergi peringkat kebih tinggi mereka mesti ada semangat yang lebih tinggi untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2021 di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.

Terdahulu, bekas pemain kebangsaan itu dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) sekali gus membawa gelaran sebagai Datuk Wira yang telah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam sempena Hari Jadinya ke-72.

Chin Ann yang merupakan anak jati Alor Gajah telah banyak menempa nama negara dalam sukan bola sepak negara malah tahun ini turut disenaraikan dalam FIFA Century Club sebagai pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa.

Dalam pencapaian itu, Chin Ann yang mewakili Malaysia dari tahun 1969 hingga 1984, telah merekodkan berada di kedudukan pertama dengan 195 penampilan (caps) sekali gus mencapai pemilik caps antarabangsa terbanyak di FIFA menewaskan Bader Almotawaa dari Kuwait yang berada di tempat kedua.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1032
Kongsi :
Previous post Hanya imbas kod untuk tahu sejarah Melaka-Belanda di Bukit St Paul
Next post COVID-19: Sekolah tahfiz di Jasin ditutup tujuh hari
Ubah saiz-+=