Hanya imbas kod untuk tahu sejarah Melaka-Belanda di Bukit St Paul

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDA HILIR 4 Dis – Sebagai usaha mempromosikan pelancongan Warisan dan Sejarah di Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) melancarkan kod imbasan bersempena Malakka Dutch Festival, hari ini.

Timbalan Duta Kerajaan Belanda Eva Oskam berkata, kerjasama untuk menjalankan festival antara dua negara itu secara tidak langsung mempromosikan hubungan Belanda-Melaka yang telah terjalin sejak sekitar 500 tahun lalu.

“Festival ini merupakan kali pertama diadakan untuk memperkenalkan hubungan Melaka-Belanda, antara sejarah-sejarah dan hubung kait yang terdapat di Melaka kesan dari penjajahan Belanda sejak kira-kira 500 tahun lalu.

“Menerusi imbasan kod yang disediakan di Bukit St Paul ini adalah, pelancong dapat informasi terus mengenai sejarah-sejarah di Melaka yang ada kaitan dengan Belanda, seperti contoh Bukit St Paul ini sendiri.

“Antara lain, hari ini juga kita (dengan kerjasama Bahagian Pelancongan Melaka) melancarkan laman web Dutchmelaka. Di situ pelancong turut boleh mencari pelbagai tentang Belanda di Melaka,” katanya ketika ditemui di Bukit St Paul hari ini.

GIMIK pelancaran Imbasan Kod sempena Festival Malakka Dutch Festival yang disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis (kiri) bersama Timbalan Duta Belanda, Eva Oskam.

Mengulas lanjut mengenai misi kerajaan Melaka untuk membawa pulang artifak dan khazanah Melaka di bumi Belanda, Eva memberitahu, kerajaannya memang mempunyai polisi untuk menghantar pulang artifak-artifak yang terdapat di negara itu ke negara asal.

Katanya, beliau bersama Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis akan membincangkan lebih lanjut berkenaan misi tersebut selain akan memberikan kerjasama yang baik kepada Melaka.

“Di Belanda, kita ada polisi, sekiranya terdapat artifak yang pernah diambil semasa zaman penjajahan dahulu, kita akan pulangkan ke negara asal.

“Saya bersama Datuk Muhammad Jailani akan membincangkan hal ini lebih lanjut dan kita akan bantu untuk membawa pulang artifak atau peninggalan khazanah Melaka yang terdapat di bumi Belanda,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1309
Kongsi :
Previous post Melaka mahu bawa pulang khazanah sejarah di bumi Belanda
Next post Chin Ann titip nasihat buat pemain negara
Ubah saiz-+=