Melaka mahu bawa pulang khazanah sejarah di bumi Belanda

Masa Membaca:59 Saat

BANDA HILIR 2 Dis – Kerajaan negeri akan menjalankan misi membawa pulang khazanah dan artifak milik Melaka yang berada di Belanda.

Exco Warisan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya dijangka berangkat ke negara tersebut pada Januari depan.

Katanya, kedatangan delegasi Melaka ke Belanda adalah bagi melihat khazanah yang boleh di bawa pulang semula ke tanah air, sekali gus mengeratkan hubungan dua hala antara Melaka dan Belanda.

“Saya sudah berbincang dengan timbalan duta dalam hal ini kita nak artifak-artifak yang mereka telah ambil dari Melaka sekitar 500 tahun yang lalu.

“Dan kita rencanakan kemungkinan besar selepas PKP ini mungkin mendapat sedikit kelonggaran, kami akan ke belanda untuk melihat semua khazanah-khazanah negara yang mana yang kita boleh bawa pulang dan sebagainya.

“Antara yang paling banyak ialah artifak, meriam dan senjata kita. Senjata-senjata Melaka pada ketika itu difahamkan kebanyakannya dibekalkan oleh kerajaan Islam Timur tengah dan juga kerajaan China,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Malakka Dutch Festival 2021 di Bukit St.Paul, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Duta Belanda, Eva Oskam dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Saari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1157
Kongsi :
Previous post Hanya calon terbaik sarung uniform PDRM – KPN
Next post Hanya imbas kod untuk tahu sejarah Melaka-Belanda di Bukit St Paul
Ubah saiz-+=