Cikgu Fadli digugur pertuduhan, bebas daripada tindakan tatatertib

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Mohd Fadli Mohamed Salleh, guru sekolah yang menjadi tular di media sosial selepas mendakwa berdepan tindakan kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran, malam ini mengesahkan beliau digugurkan daripada kesemua tiga pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.

Perkara itu disahkan oleh guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu sendiri, yang membacakan surat keputusan tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM), menerusi Facebook Live.

“Walau ramai sudah maklum.. Alhamdulillah ketiga-tiga pertuduhan (saya didapati) tidak bersalah dan bebas daripada apa-apa tindakan (tatatertib),” katanya yang berharap tindakan susulan diambil daripada perkara yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai surat daripada KPM bertarikh hari ini yang menggugurkan guru Matematik itu daripada semua pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.

Mohd Fadli sebelum ini tular di media sosial selepas mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada KPM dipercayai kerana sering menegur berkaitan pelbagai isu persekolahan.

Perkara itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam perkara itu.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1420
Kongsi :
Previous post Kejadian Bella terkena air panas termos tidak pernah berlaku
Next post Banjir: ATM sedia gerak 16,612 anggota, kenal pasti 5,496 lokasi hotspot
Ubah saiz-+=