
COVID-19: 1 kes dikesan di mukim Tanjung Kling
AYER KEROH 8 Okt. – Melaka merekodkan satu kes positif COVID-19 hari ini, seperti yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, kes tersebut direkodkan di Daerah Melaka Tengah di bawah mukim Tanjung Kling.
Kes itu dikesan positif melalui saringan kemasukan pekerjaan dan individu berkenaan telah diasingkan dari masyarakat dan menjalani rawatan di hospital.
“Salam Sejahtera! Dukacita dimaklumkan setakat hari ini, 8 Oktober 2020 terdapat pertambahan satu kes positif COVID-19 di negeri Melaka.

“Kes itu direkodkan di Melaka Tengah di bawah mukim Tanjung Kling melalui saringan kemasukan pekerjaan,” kata kenyataan itu.
Pihak jabatan turut mengingatkan rakyat di negeri ini untuk mempertingkatkan SOP kebersihan diri dan penjarakan fizikal serta memakai pelitup separuh muka dan mengelakkan tempat sesak.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
