
COVID-19: Dua kematian pada 2 Syawal di Melaka
AYER KEROH 14 Mei – Melaka merekodkan pertambahan dua lagi kematian baharu akibat COVID-19, hari ini, menjadikan keseluruhan 28 kematian telah direkodkan di negeri ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kematian membabitkan dua warga emas, lelaki dan wanita, masing-masing berusia 70 dan 64 tahun di Daerah Melaka Tengah.
“Kematian pertama, membabitkan lelaki dari Banda Hilir yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi serta merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 semasa makan malam bersama rakan di sebuah restoran.
“Manakala, kematian kedua merupakan wanita dari Kampung Lapan yang mempunyai penyakit darah tinggi dan obesiti serta merupakan kontak rapat kepada anaknya (yang disahkan positif COVID-19) dan telah dimasukkan ke Hospital pada 25 April lalu,” kata kenyataan tersebut.
Sehingga kini, sebanyak 801 kes masih dirawat di Melaka yang mana 34 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 10 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK MELAKA PERLU REBUT PELUANG BIASISWA PETRONAS
TANJUNG BIDARA 18 September - Anak Melaka perlu merebut peluang pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk...
BERPIDATO BENTUK JATI DIRI, BINA KARAKTER ANAK MELAKA
AYER KEROH 18 September - Penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri...
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
