COVID-19 : Ibu mengandung 32 minggu korban baharu di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 31 Ogos – Ibu mengandung 32 minggu antara lima mangsa yang menjadi korban baharu kes positif COVID-19 daripada 417 kes direkodkan hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan di Facebook (FB) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), wanita berusia 39 tahun itu mempunyai sejarah penyakit obesiti yang disahkan positif pada 6 Ogos lalu.

“Mangsa dari Padang Sebang, Alor Gajah ini mempunyai gejala demam dan batuk, punca jangkitan adalah kes sporadik.

“Manakala mangsa kedua adalah warga emas wanita berusia 73 tahun turut menjadi korban baharu hari ini.

“Mangsa dari daerah Jasin, Merlimau ini disahkan positif pada 24 Ogos lalu yang mendapat jangkitan daripada kontak keluarga, mangsa punyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, mangsa ketiga dan keempat membabitkan wanita berusia 46 tahun (punca kontak tahanan sel) dan lelaki berusia 41 tahun (punca kontak kerja) dari daerah Jasin.

“Kedua-dua mangsa ini mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi, mereka mempunyai gejala demam, batuk, sesak nafas dan lemah badan.

“Diikuti mangsa keempat lelaki berusia 42 tahun (kes sporadik) dari Sungai Baru Ulu, Alor Gajah yang tiada sejarah penyakit,” katanya.

Secara keseluruhan, Melaka merekodkan 417 kes positif COVID hari ini, namun tiada kluster baharu direkodkan menjadikan kluster aktif kekal 66.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1674
Kongsi :
Previous post Agong berkenan sertai operasi SAR anggota tentera hilang di Sungai Pahang
Next post PM bentang RMKe-12 pada 27 September ini- Mustapa
Ubah saiz-+=