COVID-19: Kluster baharu babitkan komuniti di daerah Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 3 Apr. – Melaka merekodkan pertambahan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kenanga.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, kes itu bermula apabila seorang wanita berusia 57 tahun disahkan positif pada 29 Mac hasil saringan individu bergejala.

Setakat hari ini, sebanyak 11 kes direkodkan daripada kluster yang diklasifikasikan sebagai kluster komuniti itu, termasuk satu kes baharu hari ini.

“Kluster komuniti ini membabitkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342825) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kenanga, Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah.

“Sehingga hari ini 176 individu telah disaring, dengan 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Melaka memaklumkan terdapat pertambahan 20 kes baharu pada hari ini membabitkan 12 kes tempatan dan lapan kes banduan atau orang kena tahan atau PATI.

“Terdapat enam kes dari Kluster Tembok Sungai Udang dan masing-masing satu daripada Kluster Jalan Kenanga dan Kluster Telok Mas.

“Selain itu, kes baharu turut dikesan daripada saringan kontak rapat, saringan individu bergejala dan saringan pra pembedahan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu sebanyak 24 kes telah dilaporkan sembuh pada hari ini dan tiada kematian direkodkan

Keseluruhannya 179 kes masih dirawat di Hospital Melaka termasuk dua di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu memerlukan bantuan alat pernafasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

483
Kongsi :
Previous post Penyokong boleh ‘gegau Jebat’ 6 April ini
Next post KPDNHEP dedah kegiatan usahawan salah guna istilah francais
Ubah saiz-+=