
Dasar, program Melaka harus utamakan rakyat – Tun Mohd Ali
SERI NEGERI 24 Ogos – Setiap dasar dan program dirancang Kerajaan Negeri haruslah mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat.
Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berkata, perkara itu perlu diberi perhatian dalam perancangan pembangunan Negeri Melaka melalui Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang diteruskan pentadbiran terkini.
Jelas beliau, mengambil kira kepentingan rakyat amat penting dalam memastikan kualiti hidup di negeri ini berada dalam keadaan lebih baik.
“Saya juga berharap semua jabatan dan agensi yang terlibat perlulah mengenal pasti sumber pembiayaan bagi melaksanakan projek atau program tersebut.
“Selain itu, ianya mestilah dipantau secara telus untuk memastikan perancangan pembangunan berjalan lancar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...
